Wednesday, June 30, 2010

hari ini, Cikgu Idayu menunjukkan sebuah video tentang pelajar-pelajar di Korea. keadaan di sana amat berbeza dari keadaan di sini. kisahnya ialah ada seseorang yang pelajar bernama Yuto. dia dimarahi oleh gurunya kerana semasa gurunya sedang mengajar kelas, dia sedang sibuk berbual bersama kawannya. gurunya tidak membenarkan Yuto bermain sampan bersama kawannya selepas sekolah.Yuto berasa amat sedih bila kawannya yang bernama Yo meminta gurunya (dengan sopan) untuk memaafkan Yuto. apakah yang terjadi kepada Yuto? adakah gurunya bertukar fikiran? anda boleh ke you tube dan cari 'Children Of Life.'
salam dari: layaliya amira, 4k.

Tuesday, June 29, 2010

Peraduan Bahasa

saya berasa amat ghairah untuk bulan July ini. Kerana ada pelbagai macam aktiviti untuk kelas bahasa melayu di sekolah saya. contohnya: darjah satu diadakan aktiviti 'Eja Tepat.' darjah dua pula akan ada aktiviti 'Watak.' darjah tiga aktivitinya ialah 'Lakonan.' darjah empat 'Sahibba.' darjah lima 'Piramida.' Dan darjah enam 'Drama.' saya di darjah empat dan saya ingin sekali memasuki peraduan 'Sahibba.' saya harap cikgu akan memasukkan saya dalam pertandingan 'Sahibba' itu.

salam dari: layaliya amira 4k.