Friday, July 2, 2010

Hari ini, Cikgu Idayu menunjukkan video 'Children Full Of Life' sekali lagi. Episod baru ini amat menyedihkan. Ramai kawan-kawan saya berasa tersentuh melihatnya. Ada juga di antara kawan-kawan saya menangis. ceritanya begini.. Seseorang murid di dalam kelas mereka, tidak hadir. Ramai yang tertanya- tanya mengapa dia tidak ke sekolah selama tiga hari. Pada suatu hari, guru mereka memasuki ke dalam bilik darjah kelihatan muram. Ternyata murid yang tidak hadir selama tiga hari itu, tidak datang ke sekolah kerana bapanya baru sahaja meningal dunia. Amat menyedihkan cerita itu. apakah yang terjadi kepada murid itu? saksikan 'Children Full Of Life' di youtube.
salam dari: amira 4k.

No comments:

Post a Comment